...
RSS

x aDa aLasan untuk sAyang sEseOrang...



kalau dapat rasa sayang yang diberi...
itulah sayang...

tengah duk update status kat FB...
terjumpa link yang member share ni...


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar.

“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. 

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu….

Kesimpulan dalam kisah ini, janganlah bercinta kerana bersyarat, cintalah kita kerana Pencipta kita.
 
(^___^)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

duit raya oh duit raya...



ingatkan nak simpan duit raya tahun ni kat dalam asb...
tapi dah kesuntukan sangat so guna la dulu...

tapi berat hati giler nak guna duit raya ni...
so untuk menyedapkan hati...
ambil no siri ni...
ada no 38 tu yang penting...

kalau dalam citer industan...
tulis nama kat duit pastu belanjakan...
kalau duit tu datang balik...
itulah jodoh...
mengarut n xleh percaya pasal tu...
jodoh ketentuan di tangan tuhan...
 
kalau nak suke2 boleh jer...
if duit ni datang balik kedalam purseku...
kena simpan elok2...
jangan belanjakan...
peluang ketiga untuk berjumpa semula agak mustahil...
hehehehe...


(^__*)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

camana nak cari duit lebih??



hari2 keja pun belum boleh kumpul duit...
ujung bulan duit tetap abis...
dalam asb ada rm26 jer...
hahaha...

camana ni? saving xder langsung...
huhuuhuu...

my mom citer...
ada budak kat kampung jual popia gulung kat kolej dia...
laku... boleh la wat duit...

bak kata orang
"usaha tangga kejayaan"
kalau x usaha... tangga pun x jumpa...

nak try tapi buat popia ni perlukan banyak masa...
nak tau proses dia?

mula2...

 aktiviti menggulung kulit popia...
giler perlukan kesabaran nak gulung ni...
nak kena gulung pastu kena gamkan ngan putih telur...
fuuuhhh... jenuh...

 lepas da siap gulung kena goreng pulak...
kena jaga betul2...
kalau x  nanti hangus...
hehehehe...

dah abis goreng...
gaulkan dalam campuran gula, horlicks n nestum...

dah bawak kat opis n diorang ckp sedap...
kalau makan xleh berenti...

hmmm... tapi proses dia makan masa...

yang pastinya orang yang cakap makan masa ni 
banyak alasan...
kalau nak berjaya kena la buat bersungguh2...
belum mula lagi dah kecundang...
kalau semua orang bagi alasan...
xder la orang yang bergelar jutawan...
jutawan popia gulung pun kira jutawan jugak...
hahahaa...


(^_^)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

pEnghUjung cInTa di pEnghujuNg tAhun...



for someof us...
this year will be an amazing year...
it will end with love...

tahun ni insyaallah nenda akan berkahwin...
bakal datukku adalah yang berbaju biru sebelah abah...
cinta itu x mengenal usia...
 
macam lagu Pasha n Adelia
Penghujung Cintaku
kalau nenda berjiwa remaja n amik feel dengar lagu ni...
mesti nenda rasa best...
hehehehehe...
tapi nenda mesti ada lagu versi diorang sendiri...
versi P.Ramlee n Saloma ker...
hehehehe...
to macik maiku...
selamat dapat ayah baru...
to cousin2 ku...
selamat dapat atuk baru...
kepada maciku linda...
dedicate lagu ni...
ujung tahun dah x lama... hehehehe...


berakhir sudah pencarian cintaku
jiwa ini tak lagi sepi, hati ini tlah ada yang miliki
tiba diriku di penghujung mencari cinta
diri ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri

aku akan menikahimu, aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

tiba diriku di penghujung mencari cinta
hati ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri

aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu (kepadamu)
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
wooo aku akan menikahimu, oh aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu 
nananana nananana nananana nananana
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
seumur hidupmu


mine?
how this year will end for me?
tak tahu...

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya,
baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka
mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui"

surah Yasin - ayat 36


(^_^)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

aSaL uSuL...


abah n ma dapat kad jemputan dari rakan2 n sedara2...
BANYAK!!
nak x nak kena pergi...
sebab orang dah personally jemput...

abah memang suka suruh anak2 dia pergi kenduri...
angkut semua...
bukan apa... maybe abah fikir nak bagi kitorang kenal sedara2..
nanti senang nak kenduri kendara...
ada 3 orang lagi anak yang belum kahwin ni...
hehehehe...

rumah oren cokelat tu rumah asal abah...
rumah nenda n datuk tumpat...
kat tanjung che mah...
kat tepi sungai...
kenduri sepupu abah kena masuk dalam ni...
kena lalu celah2 rumah orang...
siap dapat tengok orang tido beramai2 depan tv lagi...
kalau kat kl bukak pintu luas2 camtu...
mau licin barang2 dalam umah...

abah cakap kat area sini la abah pernah nak lemas...
balik beli barang...
air sungai pasang...

dulu kitorang pun tinggal kat umah camni gak...
tak tau la my sistas ingat ker tak...
kat sebelah umah orang wat ayam percik...
selalu main kat bawah2 umah orang...
suka main pasir...
suka kutip guli bawah umah orang...
kalau nasib baik jumpa seposen dua posen...
hehehehe...

abah pernah nak lemas masa air pasang...
aku pernah nak lemas jatuh dalam parit kaler itam...
hahahaha...
nasib baik ada jiran selamatkan...
da tertelan da ckit...
my sista auyun pernah tertelan kulit etok...
my sista fairuz paling kelakar...
tertelan batu timah (yg orang letak kat pancing)...
si capiq eksiden naik basikal...
tapi yang ni ma yang kelakar sebab
boleh menangis sambil gosok gigi...
apa2 kebersihan mulut harus dijaga...
lepas tu baru gi tengok capiq kat spital...
hehehehe...
 masa kecik capiq pernah jatuh dari tingkap umah...
nasib baik jatuh atas pokok rimbun tepi umah pastu
jatuh plak dalam air bertakung...
nasib baik tak lemas...
pacik yang tengah panjat pokok kelapa yang nampak...
laju jer dia turun dari pokok...
ma yang cerita...
kelakar betul...
seronok dapat dengar citer kitorang yang lawak...

 bila lagi nak dengar diorang bercerita...
kisah diorang bercinta...
kisah cinta x mengenal rupa...
kisah acah2 nak terjun bangunan masa bercinta...
ma cakap apa yang kitorang lalui dia dah lalui dulu...
abah lagi teruk...
sampai moyang ingat ma dah guna2 abah...
sebab makan x lalu tidur x lena...
hahahaha...

dua2 manja tapi x nak mengaku...
sampai ke tua pun sama gak...

hmmm.. cukup pasal sejarah idup...

 masa kat kenduri tu...
ada 2 pilihan makanan...
satu lauk kenduri kawin yang biasa...
satu lagi lauk sayur lemak, ikan bakar n budu...
me, abah n ma apa lagi...
ikan bakar n budu n ulam la terus...
serius sedap...
yummeeehh...
 
dalam goodi bag ada keropok binbin ni...
lamanya x makan...
masa kecik2 dulu suka makan ni...
bila gigit jer nostalgik betul rasa dia...
hehehehe...


(^__*)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS